Monday 6 January 2014

Apakah DrMAZA.com menipu?


Adakah admin FB page DrMAZA.com silap dan menipu dalam isu gambar jet mewah kegunaan kerajaan pusat?

Beberapa hari yang lalu, DrMAZA.com telah memaparkan sebuah gambar hiasan dalaman sebuah jet peribadi yang telah disewa oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan Perdana Menteri. Entri FB Page beliau adalah seperti berikut:





Kemudian, beberapa blogger telah tampil ingin merubah fokus rakyat terhadap isu tersebut dan mendakwa DrMAZA.com telah melakukan fitnah dalam isu ini.

Persoalan?! Adakah benar beliau memfitnah dan tidak jujur membawa berita tersebut? 

Jawapannya, beliau hampir pasti tidak salah sekiranya orang ramai melakukan semakan terhadap laman web rasmi syarikat Comlux Aviation Services (CAS) di Malta. Ini kerana kerajaan Malaysia secara rekod menggunakan kapal terbang peribadi dan super mewah dengan CAS untuk kegunaan pimpinan kerajaan terutama Perdana Menteri dan isteri. Ini berdasarkan maklumat keluar masuk kapal terbang di KLIA, di laman web Flight Radar 24, Airbus ACJ320 (9H-AWK) melakukan penerbangan keluar terakhir pada 31 Disember 2013 menggunakan nama “NR2”.


Gambar diatas menunjukkan  dua penerbangan NR2 (Najib Razak?), Perdana2 melakukan penerbangan. Manakala maklumat kecil disebelah kiri atas adalah maklumat jenis kapal terbang tersebut. Jenis kapal terbang tersebut adalah:


ModeS: 4D204F
Reg: 9H-AWK
Typecode: A320
Type: Airbus A320-214
Serial Number: 4199
Airline: Comlux Malta


Bagaimana untuk kita ketahui bahawa gambar yang diletakkan oleh DrMAZA.com tidak silap adalah dengan melihat katalog syarikat Comlux Malta (CAS). Bagi pengetahuan pembaca, pihak syarikat terbabit memaparkan dengan jelas bentuk luaran dan hiasan dalaman setiap khidmat kapal terbang yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Maklumat dan latarbelakang syarikat ini adalah seperti berikut:

Comlux Malta Ltd
Valetta – Malta
With an Air Operator Certificate (AOC) in Malta since September 2008, Comlux benefits from being registered in a member state of the European Union, operating at the most important levels in terms of safety and quality. Its ideal location at the junction between Europe, Africa and Middle East gives Malta a strategic position for Comlux operations.
With a valuable legal system and a large network of well known banks, Malta is as well the country of establishment of Comlux Holding Ltd.
From Malta, Comlux  takes care of Crew training, Flight Operations and CAMO support.
Address: Comlux Malta Ltd, Villa Margherita, Ta’Xbiex Terrace, Ta’ Xbiex Malta
Tel:+356 2385 0300
Fax:+356 2166 2284


Semakan terhadap jenis kapal terbang yang disewa dan diguna pakai seperti didalam maklumat penerbangan diatas, boleh juga dilakukan. Malah, web tersebut membekalkan bersama gambar-gambar yang sama seperti yang dipaparkan oleh DrMAZA.com.

Rujukan web bagi maklumat pesawat (Reg: 9H-AWK, Typecode: A320)









Tambahan gambar-gambar mewah hiasan dalaman pesawat ini seperti yang ditunjukkan oleh laman web rasmi syarikat pembekal perkhidmatan pesawat dan jet mewah ini adalah seperti berikut:






Kesemua gambar-gambar mewah diatas adalah gambar yang asli dari laman web rasmi Comlux, syarikat yang bertanggungjawab membekalkan khidmat pesawat ini kepada pimpinan negara Malaysia.

Adakah ia mesti susunan dan hiasan dalaman yang sama?! Ini bukanlah satu isu yang besar, kerana sebagai contoh, apabila seseorang ingin menempah hotel, ia akan berpandukan kepada gambaran bilik yang telah dipaparkan oleh pihak hotel di web mereka.

Sekiranya blogger yang mendakwa ia adalah fitnah, maka seeloknya, pesawat sebenar yang digunakan oleh pimpinan kerajaan dan hiasan dalamannya dimaklumkan kepada umum sebagai langkah berani dan telus terhadap rakyat.

Maka, DrMAZA.com secara jelas tidak berbohong atau memfitnah. Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian, Pejabat Perdana Menteri (PMO) TIDAK MENAFIKAN atau MENOLAK dakwaan bahawa inilah pesawat yang digunakan. Juga, mengikut beberapa maklumat yang diberikan oleh Malaysiakini dan diterbitkan semula oleh Malta Independent penggunaan pesawat ini selama hanya SATU JAM memakan belanja duit rakyat sebanyak $8,350.31 ( atau RM27,501.75). 

Sememangnya ia adalah satu fakta dimana jumlah pembayaran sebanyak itu diperlukan bagi setiap jam penyewaan pesawat tersebut. Buktinya:





Pada persidangan parlimen 7 November 2013 yang lalu, Parlimen diberitahu bahawa kerajaan membelanjakan RM 14.95 juta untuk minyak penerbangan VVIP negara dengan kos penyelenggaraan sebanyak RM 160.08 juta.

Maka, diharapkan agar anda tidak tertipu dengan cubaan sesetengah blogger untuk mengubah perhatian rakyat terhadap gaya mewah pemimpin negara dan perbelanjaan tidak-masuk-akal oleh mereka!

Terima kasih.

15 comments:

  1. Kenyataan Akhbar -Penggunaan Pesawat Khas

    Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.

    Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.

    Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

    Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.

    Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.

    Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.

    Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.

    Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.

    Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.

    Pejabat Perdana Menteri
    Putrajaya

    3 Januari 2014

    ReplyDelete
  2. Masaalahnya kalau negara kita mampu dan mewah tak salah PM bergaya sebegini rupa. Ini hasil negara tak bertambah, rakyat makin menderita susah. PM tak rasa bersalah kah dunia akhirat membazir dan menganayai wang rakyat semata-mata utk bermewah. Seribu alasan Pej PM boleh beri utk mewajarkan penggunaanya tetapi samada rakyat boleh terima atau tidak sama2 lah PM kena fikir.

    ReplyDelete
  3. beliau pergi luar negara cari duit dan pelaburan la.. kuat kan ikatan perdangangan, sertai forum ekonomi, hubungan 2 hala antara negara,
    bkn pergi makan angin..
    atleast Parlimen clarify jumlah tu berapa..drp berbohong lgi teruk

    ReplyDelete
  4. lagi 1, pesawat ni bknnya diperuntukkan utk kegunaan peribadi, malah pesawat ni digunakan untuk tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing.. semua ni URUSAN KERAJAAN.. bknnya kegunaan parti politik, kegunaan peribadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukuplah la tu tak payah nak tegakkan benang basah

      Delete
    2. cari duit ke curi duit rakyat? sudah2 lah tu..xpyh nak tegakkan benang yg basah..masuk akal ke belanja sampai RM27,501.75 SEJAM utk urusan KERAjaan? Sedangkan dalam masa yg sama ada rakyat yg menderita??? Buta mata xpa bro..jangan BUTA HATI! ;)

      Delete
  5. Siapa Admin yang post Artikel ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa awak boleh tengok profile about me kat page ni bahagian bawah.......

      Delete
  6. Perjalanan terakhir yang direkodkan keluar KLIA dikatakan ke LA, USA...pelaburan apa yang 'belum diumumkan' lagi?

    ReplyDelete
  7. baguslah.. semua nak jadi ahli ekonomi.. semua benda nak ambil tahu... sehabis-habis nak cari kesalahan orang lain, pemimpin yg kita tak suka....masalahnya, berpahala kah bincang hal ni? harus ke? tapi yg confirm mesti berdosa coz memanjangkan aib/mengumpat orang lain... baguslahh.. dah banyak pahala kan...mengumpatlah lagi saudara2 ku,.. baguslah, beri pahala banyak2 kpd org yg kamu umpat tu....
    BAGUS LAH KORANG PEMBANGKANG NI SEMUA, SAYANG KAT pm DAN iSTERI, UMPAT DIORANG BANYAK2 THEN DIORANG AKAN AMBIL PAHALA KORANG, LAU PAHALA HABIS, DOSA PM DAN ISTERI HEMPAS KAT KORANG AKHIRAT NANTI. MULIANYA HATI KORANG.

    ReplyDelete
  8. bukan mengumpat la wei lapor kejahatan perompak yang merompak rumah kite curi duit kite. tu la belajar agama sekerat sekerat. para ulamak dok keji sesat la kamu sampai mati. kesian

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape ke bengong kau ni, sini blog tempat lapor pencuri ke tempat ngumpat? tu pun x leh beza.

      then yg sesat tu kau, sbb nyesatkan org, tuduh org blajar agama skerat2, lau kau blajar penuh sgt aku nak tnya kau, kau tuduh pencuri tu sapa? lau mksud kau PM, kau boleh dkena HUKUM sebat sbb tuduh x de bukti!
      wei, korup ngn curi pun kau x leh beza, moga ALLAH pahamkan kau
      wei, ayat mana aku keji ulamak? baca ayat pendek aku pun dah salah paham, penuh sgt la blajar agamanya....

      Delete
    2. kiter nk tahu bley? dah juta duit kau di rompak? ntah2 bil hp pon berhutang...hehe

      Delete
  9. Ni bukan mengumpat tapi membela Dr MAZA yg dikatakan menipu... beberapa bloq mengatakan Dr MAZA menipu maka dijawab pula oleh pemilk blog dalam blog ini..

    ReplyDelete